Sabtu, 6 Februari 2010

Pemantauan j-QAF 2010

JADUAL PEMANTAUAN

Zon Daerah Tarikh
A Kinta Utara 19 Jan 2010
Kinta Selatan 20 Jan 2010
Kuala Kangsar 21 Jan 2010
27 Jan 2010

B Larut Matang Selama 1 Feb 2010
25 Jan 2010
Hilir Perak 2 Feb 2010
26 Jan 2010
Hulu Perak 3 Feb 2010
Batang Padang 4 Feb 2010

C Kerian 8 Feb 2010
Manjung 9 Feb 2010
Perak Tengah 10 Feb 2010

*adminsktk..sumber diambil daripada http://spiperak.bpi.edu.my/

Khamis, 4 Februari 2010

SEKILAS TENTANG PROGRAM j-QAF

KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.



OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

Menguasai bacaan dan tulisan jawi
Khatam al-Quran
Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’an

al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3. Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4. Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:

1. model Kelas Pemulihan Jawi;

2. model Tasmik;

3. model 6 bulan Khatam al-Quran;

4. model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi;

5. model Bestari Solat.



Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut:

1. Kelab Seni Tulisan Jawi;

2. Kem Bina Juara;

3. Majlis Khatam al-Quran;

4. Kem Literasi al-Quran; dan

5. Pertandingan Bahasa Arab
.



MODEL-MODEL j-QAF

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

3. Model Bahasa Arab

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

*Semua maklumat diambil dari (gemaislam)..harap maklum dan dapat mengambil apa yang disediakan ini bersama....

Ahad, 24 Januari 2010

Kepentingan Ilmu


Kepentingan Ilmu

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Huraian
Pengajaran hadith :


•Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu.

Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
1.Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain.
2.Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu).
3.Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
4.Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

•Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

•Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

*Adminsktk*...diambil dari Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sabtu, 23 Januari 2010

PENYUSUAN FAIL j-QAF


PENYUSUNAN FAIL j-QAF SKTK
NAMA FAIL

FAIL 1 FAIL INDUK

1-Carta Organisasi 2-Biodata Guru

3-Jadual Waktu Guru 4-Jadual Waktu Kelas & Penggunaan Bilik j-QAF

5-Minit Mesyuarat 6-Program Akademik / Peningkatan Prestasi

7-Perkembangan Staf / Surat Kursus / Surat Lantikan / Sijil dll

8-Takwim Aktiviti Tahunan/Bulanan 9-Projek Khas

10-Minit Curai 11-Kertas Soalan Peperiksaan Sekolah / awam

12-Analisa Peperiksaan 13-Senarai Buku Rujukan Program dan Model j-QAF

14-Kertas Kerja Rujukan Aktiviti 15-Rujukan Borang-borang j-QAF

16-Surat Pekeliling / Surat Edaran

FAIL 2 FAIL PEMULIHAN JAWI

1-Maklumat Murid Pemulihan Jawi 2-Rekod Pemulihan Jawi

3-Analisis Pencapaian Pemulihan Jawi 4-Koleksi Lembaran Kerja Pemulihan Jawi

5-Rujukan Borang Pemulihan Jawi 6-Lain-lain Maklumat

FAIL 3 FAIL KHATAM AL-QURAN

1-Maklumat Murid Khatam Al-Quran 2-Rekod Khatam al-Quran

3-Analisis Pencapaian Khatam Al-Quran 4-Buku Rekod Bacaan Al-Quran

5-Koleksi Lembaran Kerja Al-Quran 6-Rujukan Borang Kelas Khatam Al-Quran

7-Lain-lain Maklumat

FAIL 4 FAIL TASMIK

1-Maklumat Murid Kelas Tasmik 2-Rekod Kelas Tasmik

3-Analisis Program Tasmik j-QAF 4-Koleksi Lembaran Kerja Tasmik

5-Rujukan Borang Kelas Tasmik 6-Rekod Kehadiran & lain-lain Maklumat
.
7-Lain-lain Maklumat

FAIL 5 FAIL BAHASA ARAB & PKSR BAHASA ARAB

1-Senarai Nama Murid Kelas Bahasa Arab 2-Rekod Pencapaian Ujian/Peperiksaan

3-Analisis Ujian/Peperiksaan 4-Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Bahasa Arab

4-Analisis PKSR 5-Koleksi Lembaran Kelas Bahasa Arab

6-Rujukan Borang Kelas Bahasa Arab 7-Lain-lain Maklumat


FAIL 6 FAIL KEM BESTARI SOLAT (KBS)

1-Perancangan & Takwim Tahunan KBS 2-Senarai Nama Kumpulan KBS

3-Senarai Semak Penilaian KBS 4-Senarai Nama Fasilitator KBS

5-Kertas Kerja KBS j-QAF 6-Dokumentasi KBS

7-Rekod & Analisa KBS 8-Koleksi Lembaran KBS

9-Rujukan Borang KBS 10-Lain-lain Maklumat


FAIL 7 FAIL KEWANGAN

1-Penyata Kewangan 2-Lain-lain Maklumat


FAIL 8 BAHAN PANITIA

1-Buku Stok Bahan P&P/BBM 2-SP/HSP P&P Pendidikan Islam

3-SP/HSP P&P Bahasa Arab 4-Buku Panduan Model P&P dan Kokurikulum

5-ABM/ Rekod Penggunaan ABM/BBM 6-Lain-lain Maklumat

Jumaat, 22 Januari 2010

MENGENAI j-QAF


APAKAH ITU PROGRAM jQAF?
:: PROGRAM j-QAF ::

PENGENALAN

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.


MODEL ENAM BULAN

Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al?Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidkan Islam pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

Model 6 Bulan Khatam al-Quran dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA?, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.

Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan waktu PI sebanyak 4 masa dalam tempoh 6 bulan pertama tahun persekolahan. Pada masa yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan meneruskan kaedah IQRA?. Pada 6 bulan kedua pengajaran al-Qur?an menggunakan 3 waktu untuk tahun 1 dan 2 waktu pada tahun 2 hingga 6.

MODEL TASMIK

Model Tasmik Khatam al-Quran pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada GURU-GURU j-QAF. Model Tasmik pelaksanaannya adalah di luar jadual waktu persekolahan.

MODEL PERLUASAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Model-model Pengajaran dan ko-kurikulum dalam bahagian Model Peluasan Perlaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di SK pada masa ini, iaitu selama dua waktu seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi.

MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

Model Kelas Pemulihan Jawi akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1 jawi di ajar selama 2 waktu seminggu. Selepas itu ia di ajar selama 1 waktu seminggu.

MODEL BESTARI SOLAT

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat.

Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

Model Bestari Solat akan dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. Ia dilaksanakan 4 kali setahun.



#Semoga kalian semua dapat memahami dengan sebaik mungkin tentang p&p j-QAF ( Oleh: AdminSKTK )

Ahad, 17 Januari 2010

BAHAGIAN MAKLUMAT jQAF SKTK

Assalamualaikum...

Inilah Sekolah saya. Diharap semua yang melayari blogs j-QAF SKTK mendapat maklumat dikehendaki....
Apa-apa komen dan pandangan amat kami alu-alukan sebagai penambahbaikan blogs kami ini.

ISU SEMASA DI jQAFSKTK

Minta perhatian pada semua yang hadir disini..admin ingin maklumkan blog ini belum lengkap lagi..harap maklum..sila berikan komen dan pendapat utk admin teruskan ubahsuai dalam memantapkan blog ini utk kita semua.